Sunday, June 5, 2016

Promosi Madu Kelulut Pulau Pangkor

Lebah kelulut ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu tetapi mempunyai rasa yang eksotik atau lain daripada madu biasa. Dianggarkan hampir 150 spesis kelulut terdapatdi seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia termasuk di seluruh negara Malaysia.Di Malaysia terdapat 32 spesis telah ditemui dan lebah sangat sesuai diternak di Negara iklim Khatulistiwa.Walaupun darisegi pengeluaran madu lebah kelulut menghasilkan kurang daripada lebah komersil lain seperti melifera dan cerana, madu lebah kelulut masih berdaya saing kerana permintaannya tinggi dan harga pasarannya jauh lebih tinggi dari madu lebah komersil lain. 


Antara khasiat dan kegunaan madu lebah kelulut adalah seperti
  • meningkatkan metabolisme badan
  • sebagai suppliment untuk kesihatan
  • boleh dijadikan asas bahan kecantikandan kesihatan
  • mempunyai propolis yang tinggi khasiat


    Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar tentang madu kelulut apa lagi melihat lebah kelulut mahupun merasai madunya. Biasanya, bila disebut tentang madu, ia amat sinonim sekali dengan dengan madu lebah berbanding kelulut. Kebanyakan kajian juga hanya tertumpu kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis melifera dan Apis dorsata yang menyengat. Manakala lebah tidak menyengat atau lebih dikenali sebagai kelulut dalam genus trigona juga memainkan peranan penting bagi proses pendebungaan selain menghasilkan madu. Madu kelulut mempunyai antioksidan yang lebih tinggi berbanding madu lebah manakala propolisnya pula dikatakan mempunyai antibiotik semulajadi. Rasanya pula lebih masam berbanding madu lebah,serta mendapat permintaan yang tinggi dari farmasi.

KHASIAT MADU LEBAH KELULUT ASLI

    Madu berasal daripada sari bunga.Apa itu kelulut? Kelulut ini merupakan keluarga lebah juga, namun ia lebih kecil dan tidak bersengat. Seperti lebah, Kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang kompleks.Kelulut ini biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.

    Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah. Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.

    Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut. Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang.

    Antioksidan ini pula banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang. Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout. Kajian yang telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu.

Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas.Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

Secara ringkasnya fungsi madu kelulut ialah:
· Meningkatkan daya tahan tubuh
· Mencegah serangan strok
· Melancarkan peredaran darah
· Meningkatkan pengeluaran hormon
· Memperkuat fungsi otak dan jantung
· Memperbaiki sel tubuh yang rosak
· Mengendurkan urat-urat yang tegang
· Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan
· Meningkatkan kecerdasan anak
· Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis
· Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan
· Mencegah kanser
· Mengurangkan resdung
· Membantu penyembuhan luka diabetes
· Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong
· Mencegah pembentukan batu karang
· Membantu menurunkan tahap tekanan darah
· Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah
· Melancarkan pernafasan
· Mengurangkan lelah/asma dan banyak lagi...


Hubungi segera dengan whatsapp mesej "madu kelulut asli" ke +60105439787 untuk info.

PANDUAN MADU LEBAH KELULUT ASLI

     Bersama ini disenaraikan beberapa kegunaan madu yang amat menakjubkan.

    Kesihatan